
28 dan 29 November 2024 : Penganjuran program Mastering Research Methods: Designing Questionnaire & Qualitative Method telah berjaya diadakan bagi memberi panduan kepada pelajar dan penyelia memahami dengan lebih jelas berkaitan kemahiran tentang instrumen penyelidikan. Ceramah dan pendekatan hands-on juga telah dilaksanakan untuk memperkasa tahap pemahaman pelajar dan penyelia.
Program yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr Samer Ali Hussein Al-Shami / Prof. Madya, IPTK dan Dr. Mohd Fauzi bin Kamarudin / Pensyarah Kanan, FPTT ini telah dihadiri oleh seramai lebih 80 orang pelajar dan penyelia.
Antara lain objektif penganjuran program adalah untuk:
i. Memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada para pelajar pascasiswazah tentang konsep dan teknik dalam menjalankan penyelidikan yang berkesan;
ii. Menyediakan platform bagi pengukuhan ilmu penyelidikan dan penyeliaan kepada pelajar pascasiswazah dan penyelia; dan
iii. Meningkatkan kualiti penyelidikan dan penyeliaan terutama dari sesi instrumen penyelidikan.