Skip to main content

WhatsApp Image 2023 12 19 at 1.39.39 PM

4-5 Oktober 2018 : Kumpulan penyelidikan Innovative Software System & Services (IS3), Sustainable and Responsive Manufacturing (SUSREM), Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan (IPTK), UTeM bersama Universitas Islam Batik Surakarta (UNIBA), Indonesia telah berjaya menganjurkan International Symposium on Research in Innovation and Sustainability 2018 (ISoRIS’18) bertempat di Solo, Surakarta, Indonesia.

Antara tujuan simposium ini adalah untuk mempertingkatkan bilangan penerbitan yang berimpak dan berindeks ISI & Scopus di kalangan akademik dan penyelidik di UTeM selain memperkukuhkan jaringan kerjasama di antara universiti & industri serta sekaligus mempromosi UTeM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di kalangan institusi pengajian tinggi, institusi penyelidikan serta industri.

Sebanyak enam puluh dua (62) kertas kerja telah dibentangkan dan sebelas (11) poster telah dipamerkan sepanjang simposium tersebut berlangsung yang merangkumi enam (6) trek iaitu Sustainable and Responsive Manufacturing, Innovative Software System and ICT, Social Impact on Innovation and Technology, Entrepreneurship and Management Studies, Education Studies dan Others (Law and Agricultural Studies).

Dengan bertemakan “Leveraging Innovation and Humanity for Industry 4.0”, simposium tersebut telah dirasmikan dengan penuh gilang gemilang oleh Ir. Solichul Hadi A. Bakri, Pengerusi YAPERTIB (Yayasan Perguruan Tinggi Islam Batik, Indonesia). Majlis pembukaan ISoRIS’18 juga telah menampilkan dua (2) orang keynote speaker iaitu Prof. Datuk Ts. Dr. Mohd Razali Muhamad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UTeM dan Prof. Dr. M. Kuswandi Tirtodirjo, SU, M.Phil dari Gajah Mada Universiti Yogjakarta, Indonesia.