Skip to main content

WhatsApp Image 2023 12 19 at 1.45.25 PM

Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan (IPTK), UTeM terus melangkah ke arah kecemerlangan akademik di persada antarabangsa apabila memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Yayasan Perguruan Tinggi Islam Batik (YAPERTIB), Surakarta, Indonesia.

Lanjutan daripada beberapa siri perbincangan dan kejelasan manfaat kedua-dua pihak, MoA ini telah ditandatangani pada 2 Februari 2018 bertempat di Bangunan Canselori, Kampus Induk, Durian Tunggal dengan kehadiran Naib Canselor UTeM, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib, FASc dan delegasi YAPERTIB iaitu Ketua Yayasan tersebut, Ir. Solichul Hadi A. Bakri bersama Timbalan Rektor Kerjasama UNIBA, Dr. Supawi Pawenang.

Turut sama dalam majlis bersejarah tersebut adalah Pengarah, Pejabat Antarabangsa Prof. Madya Dr Md Nizam Bin Abd Rahman, Dekan IPTK, Prof Madya Dr Safiah binti Sidek serta wakil-wakil pengurusan UTeM.

MoA ini antara lain bertujuan untuk mengantarabangsakan UTeM terutamanya di Indonesia melalui pengambilan pelajar PhD dari Universitas Islam Batik (UNIBA). Program kerjasama daripada kedua-dua intitusi ini akan melibatkan proses pelaksanaan pengajian di kedua-dua pusat pembelajaran iaitu di UNIBA dan IPTK.

Buat masa ini, seramai 23 orang pelajar PhD telah mendaftar dan memulakan pengajian mulai Semester II Sesi Akademik 2017/2018 yang lalu dengan ditaja sepenuhnya oleh pihak YAPERTIB. Adalah diharapkan, pelajar-pelajar ini dapat menyelesaikan pengajian mereka dengan cemerlang seterusnya menyambung legasi keilmuan yang diwarisi di UTeM ke bumi nusantara yang lain.