
Susulan lawatan Pemeriksa Luar iaitu Prof. Dr Jamilah binti Hj Ahmad dari USM pada 14 September 2022 yang lalu, beberapa penambahbaikan telah dicadangkan untuk kelestarian program Sarjana Sains Komunikasi Teknikal (MIPC). Antara tindakan yang dicadangkan bagi penambahbaikan adalah dengan menubuhkan dan melantik Panel Lembaga Pengajian Program bagi program MIPC.
Rentetan daripada itu, satu (1) Bengkel Ahli Lembaga Pengajian Program bagi MIPC telah diadakan pada 23 Oktober 2023 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Sekolah Pengajian Siswazah (SPS).
Bengkel ini bertujuan untuk memperoleh pandangan pakar dan mereka yang berpengalaman luas dalam program pengajian ini untuk pengekalan berdaya saing dan kelestarian program akademik.
Jawatankuasa pengajian program ini turut berperanan untuk memberikan pandangan dan maklum balas terhadap kerangka kurikulum program, kebolehpasaran, perbandingan dan hala tuju yang seiring dengan visi dan wawasan negara.