Skip to main content

 

9570945b 0a0e 441d 934d 05ddc42f8510

 

e7dc932c 56f8 422f 9fc9 e562721c138d

Program Kolokium Memartabatkan Pembudayaan Ilmu yang telah diadakan pada 19 Ogos 2022 bertempat di Dewan Kuliah FKP, UTeM yang lalu merupakan salah satu program yang berfungsi sebagai platform yang akan memberikan input kepada Universiti dalam perkongsian ilmu bersama tokoh masyarakat dan ahli akademik yang akan mengupas isu-isu berkaitan pembudayaan ilmu dan kepentingan ilmu kepada para mahasiswa/i khususnya di UTeM.

Program ini kelak merupakan jambatan penghubung antara UTeM bersama komuniti bagi merintis dan meneraju inisiatif tanggung jawab sosial UTeM di samping fasa perantara yang menghubungkan komuniti dengan UTeM dalam menyumbang terhadap pembangunan pendidikan di negeri Melaka.

Antara objektif kolokum ini adalah untuk meningkatkan kefahaman serta penghayatan pelajar Universiti mengenai hikmah dan juga kelebihan membudayakan ilmu serta memanfaatkan kematangan, pengalaman, serta kewibawaan cendekiawan untuk digarap sama dalam proses pembugaran ilmu untuk manfaat bersama.