Skip to main content

WhatsApp Image 2023 12 20 at 10.24.43 AM

15 Disember 2023 | Kampus Induk UTeM

IPTK amat berbesar hati dengan kunjungan dan lawatan daripada delegasi Universitas Pembangunan Nasional Veteren Yogyakarta (UPN YK), Indonesia ke Kampus Induk UTeM pada 15 Disember 2023 yang lalu.

Kunjungan ini sekaligus sebagai upaya kolaboratif untuk memperkuat jalinan antara UPN dan IPTK dalam bidang ilmiah, akademik mahupun penyelidikan.

Lawatan ini juga bertujuan untuk mendorong pertukaran pengetahuan dan pengalaman antara kedua-dua universiti serta mempromosikan keunggulan akademik dan penyelidikan.

Diharapkan, hasil daripada lawatan ini adalah terjalinnya hubungan yang erat antara kedua-dua universiti, pertukaran pengetahuan yang berkekalan dan pelaksanaan projek-projek inovatif yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara secara menyeluruh.

Kami berharap kunjungan ini akan membuka pintu bagi kerjasama yang lebih erat dan bermanfaat bagi kedua-dua universiti dan kami yakin bahawa pengalaman ini akan memberikan manfaat jangka panjang dan membawa kedua-dua universiti menjadi lebih maju dan inovatif.