Skip to main content

IMG 2417

IMG 2415

IMG 2408

IPTK sebagai mentor dalam memberikan khidmat nasihat dan bimbingan mengikut bidang kepakaran telah mengadakan satu (1) projek CSR Bengkel Latihan Kemahiran Generik dan Teknikal Pertandingan 4x4 in Schools SMK Seri Tanjong, Melaka pada 15-16 Ogos 2018 yang lalu bertempat di Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Kampus Induk, UTeM.

Program 4x4 in Schools Technology Challenge merupakan pertandingan sains anjuran Land Rover dalam memberikan pendedahan kepada remaja tentang dunia teknologi dan kejuruteraan. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran, minat, kegembiraan dan kecenderungan terhadap sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik melalui pembelajaran berasaskan pengalaman.

SMK Seri Tanjong, Melaka telah membentuk satu pasukan yang dinamakan PIONERO dan akan menyertai pertandingan tersebut bagi peringkat nasional yang akan diadakan pada penghujung tahun 2018 di Kuala Lumpur. Kemenangan di peringkat nasional akan membolehkan mereka mewakili negara ke peringkat antarabangsa.