Skip to main content

441411750 1182925036019489 8761197591836259749 n

 440367709 1182925416019451 8714638575896458998 n

441903547 1182924962686163 1355387693551853309 n

IPTK dengan kerjasama Kotler Business School program telah menganjurkan program Futurum Wacana Berbilang Budaya Berkenaan Kecerdasan Buatan dan Ketersediaan Universiti di Masa Hadapan (Multi-Cultural Discourse Futurum on Articfical Intelligence and Future Readiness of Universities) pada 15 Mei 2024 (Rabu) bertempat di Auditorium Canselori, UTeM.

Program ini dirasmikan oleh YBhg. Naib Canselor UTeM dan turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) serta beberapa Pegawai Kanan Universiti.

Tetamu Kehormat utama yang akan menyampaikan Ucap Utama adalah Professor Dr. Luiz Moutinho, Global Dean of Innovation, Kotler Business School dan Panelis Futurum iaitu Prof. Dr. Rosalina Abd Salam (Fakulti Sains & Teknologi, USIM) dan En. Rohizam Md Yusof (CEO, Creative Advances Technology Sdn Bhd).

Antara objektif program adalah untuk:-

i. Merealisasikan kerjasama kesarjanaan di antara UTeM dan rakan kerjasama akademiknya iaitu Kotler Business School;

   ii. Mengukuhkan lagi UTeM sebagai pusat kecemerlangan dan kesarjanaan serantau dalam bidang AI;

   iii. Meningkatkan lagi penglibatan UTeM dalam menganjurkan majlis ilmu dalam bentuk wacana berbilang budaya di peringkat antarabangsa; dan

iv. Menggalakkan perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman dalam bidang tujahan memuncul seperti AI.

Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warga UTeM melalui hebahan dan promosi yang telah dibuat melalui info@utem dan juga media sosial IPTK. Jumlah peserta yang telah mendaftarkan diri adalah seramai 211 orang.

Secara kseimpulannya, program ini telah memberikan peluang berharga untuk memperkukuhkan imej dan visibiliti UTeM dalam penganjuran program keilmuan dan kesarjanaan yang melibatkan rakan kolaborasi antarabangsa IPTK, dan UTeM. Program ini dihasratkan mampu memberikan manfaat jangka panjang dalam bidang pendidikan tinggi, penyelidikan, dan inovasi. Pihak IPTK berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan dan diperluaskan untuk kepentingan bersama.