

31 Julai 2024 : Penyeliaan pelajar pascasiswazah memainkan peranan penting dalam memastikan kualiti dan kejayaan akademik pelajar. Proses penyeliaan yang efektif bukan sahaja membantu pelajar dalam perkembangan akademik tetapi juga dalam pembangunan profesional. Dalam konteks ini, keberkesanan penyeliaan adalah penting untuk mencapai matlamat pendidikan yang lebih tinggi dan selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti). Kursus ini dirancang untuk meningkatkan kemahiran penyeliaan dalam membimbing pelajar pascasiswazah dan memastikan penyelidikan yang dihasilkan berkualiti tinggi serta beretika.
Justeru, satu (1) Kursus Keberkesanan Penyeliaan Pelajar Pascasiswazah bagi staf IPTK telah berjaya diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SPS, UTeM dan telah disampaikan oleh Profesor Dr Hajah Hanipah binti Hussin dari Faculty of Education and Liberal Study, City University Malaysia.
Antara objektif kursus adalah:-
i. Membekalkan penyelia dengan kemahiran dan teknik yang diperlukan untuk memantau dan membimbing pelajar pascasiswazah secara efektif.
ii. Memastikan pelajar pascasiswazah menghasilkan penyelidikan yang berkualiti tinggi dan beretika; dan
iii. Mendorong penyelidikan yang menyumbang kepada pengetahuan baru dan pembangunan lestari.