

Sesi Audit Dalaman MS ISO 9001:2005 IPTK tahun 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 16-17 Mei 2024 yang lalu.
Audit ini bertujuan untuk memastikan Sistem Pengurusan Kualiti yang diamalkan di IPTK mematuhi keperluan Pensijilan Standard MS ISO 9001:2015 serta dapat melaksanakan penambahbaikan dari semasa ke semasa demi menjamin mutu kualiti perkhidmatan yang mampan.
Auditor terdiri daripada Albert Feisal @ Muhd Feisal bin Ismail (Ketua Auditor), Ts. Dr. Mohammad Kamil bin Sued, Ts. Dr. Kasturi A/P Kanchymalay, Profesor Madya Eur Ing Dr. Siva Kumar A/L Subramaniam dan Profesor Madya Ir. Dr. Lokman bin Abdullah.