


IPTK telah menerima kunjungan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 2 Oktober 2024 yang lalu bagi kolaborasi Penyelidikan dan Penerbitan. Antara objektif lawatan ini adalah bagi :-
i. Memperincikan kolaborasi penyelidikan kedua-dua pihak antara IPTK dan PPU dalam merentas bidang Sains Sosial dan Pengurusan.
ii. Mewujudkan sinergi bersama dalam penulisan buku ilmiah dan buku penyelidikan.
iii. Menghasilkan penerbitan artikel jurnal berindeks.
Hasil daripada lawatan kolaborasi ini diharapkan dapat mencapai persetujuan bersama dalam mewujudkan hubungan sinergi staf akademik kedua-dua Universiti untuk mencapai kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, menghasilkan satu penerbitan dan penulisan buku.