Skip to main content

53759530640 f8e928c9f9 o

53759114546 14cbd1fde0 o

53759318718 e1c4f67df8 o

UTeM, Durian Tunggal : Seminar Kolaborasi Penulisan dan Penerbitan Artikel Ke Jurnal Berimpak Tinggi - IPTK dan Institut Pertanian Bogor (IPB), Indonesia telah berjaya diadakan pada 29 Mei 2024 yang lalu.

Antara objektif seminar ini adalah bagi:-

 i. Meningkatkan bilangan makalah jurnal untuk UTeM dan rakan strategik;

ii. Bekerjasama dengan rakan kerjasama strategik untuk menghasilkan penerbitan jurnal; dan

iii. Menggunakan kaedah padanan dengan rakan kerjasama untuk memperbanyakkan bilangan penerbitan jurnal.

Output menerusi seminar ini adalah dapat membudayakan staf akademik terlibat dalam eko-sistem penyelidikan dan penghasilan kualiti penerbitan dan penyelidikan di Institut Pengurusan Teknologi dan Keusahawanan (IPTK). Di samping ia dihasratkan agar dapat meningkatkan pencapaian KPI (IPTK) yang berkaitan dengan Goal 2 dan Goal 5 dalam UTeM’s 5 Strategic Goals (SSG ) serta menyokong SDG 4 iaitu memberi pendidikan berkualiti untuk dapatan ilmu sepanjang hayat.