
26 Jun 2024 : Penganjuran program Mastering Research Methods Siri 1 (Smart PLS (Basic)) telah berjaya diadakan bagi memberi panduan kepada pelajar dan penyelia memahami dengan lebih jelas berkaitan kemahiran tentang instrumen penyelidikan.Ceramah dan pendekatan hands-on juga telah dilaksanakan untuk memperkasa tahap pemahaman pelajar dan penyelia.
Program tersebut telah disampaikan oleh Dr. Waqar Muhammad Akbar / Pensyarah Kanan, IPTK dan telah dihadiri seramai lebih 100 orang pelajar dan penyelia.
Antara lain objektif penganjuran program adalah untuk:
i. Memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada para pelajar pascasiswazah tentang konsep dan teknik dalam menjalankan penyelidikan yang berkesan;
ii. Menyediakan platform bagi pengukuhan ilmu penyelidikan dan penyeliaan kepada pelajar pascasiswazah dan penyelia; dan
iii. Meningkatkan kualiti penyelidikan dan penyeliaan terutama dari sesi instrumen penyelidikan.