
05 November 2024 - Sekitar Sesi Lawatan Panel Penasihat Industri bagi Program Program Sarjana Pengurusan Maklumat Perniagaan (MIIM) dan Program Sarjana Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan (MIEM) oleh Ts. Loganesh Sivabalan.
Lawatan ini bertujuan untuk membuat semakan Struktur Kurikulum dan penasihatan industri bagi program pascasiswazah bagi tujuan penambahbaikan, khususnya yang berkaitan dengan Learning Outcomes (LO) bagi setiap kursus wajib universiti agar ia menepati keperluan MQA semasa selain membuat pemetaan Learning Outcome (LO) kepada Programme Educational Objectives (PEO) yang bersesuaian dengan setiap program yang sedang dijalankan.