
13-14 Ogos 2024 - Program Empowering Research Based Articles and Grants: Interpreting Research Data via Artificial Intelligence (AI) & Empowergrant: Mentoring for Successful Grant Applications 2024 telah berjaya diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, SPS.
Antara objektif program ini diadakan adalah bagi:-
i) Menyediakan platform bagi memperkukuhkan ilmu dan kepakaran dalam kalangan ahli akademik dan penyelidik berkaitan dengan bidang penyelidikan dan penerbitan berimpak;
ii) Menerapkan penggunaan alatan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) ke dalam tafsiran data penyelidikan dalam menjana inovasi, membolehkan penerokaan metodologi dan aplikasi baharu;
iii) Melengkapkan peserta dengan kemahiran yang akan memberi manfaat kepada mereka dalam permohonan geran masa depan dan usaha profesional yang lebih meluas; dan
iv) Meningkatkan pencapaian KPI (IPTK) yang berkaitan dengan penyelidikan, penerbitan berimpak dan geran pelbagai sumber.
Menerusi program ini, staf akademik dapat membudayakan eko-sistem penyelidikan dan penghasilan kualiti penerbitan, penyelidikan dan geran di IPTK di samping meningkatkan pencapaian KPI (IPTK) yang berkaitan dengan Goal 2 dan Goal 5 dalam UTeM’s 5 Strategic Goals (SSG) serta menyokong SDG 4 iaitu memberi pendidikan berkualiti untuk dapatan ilmu sepanjang hayat.