Skip to main content

thumbnail image

Program Staff Competency Program - Writing a Scoping Review, from Framework to Execution telah berjaya diadakan pada 09 Oktober 2024 bertempat di Auditorium, SPS. Antara objektif program ini adalah bagi:-

i) Menyediakan platform bagi memperkukuhkan ilmu dan kepakaran dalam kalangan ahli akademik dan penyelidik berkaitan dengan bidang penyelidikan dan penerbitan berimpak;
ii) Membudayakan penyelidikan dan penerbitan dalam ekosistem yang lebih proaktif, produktif dan kondusif secara sinergi dalam kalangan staf akademik dan penyelidik di IPTK; dan
iii) Meningkatkan pencapaian KPI (IPTK) yang berkaitan dengan penyelidikan dan penerbitan berimpak.

Menerusi program ini, staf akademik dapat membudayakan eko-sistem penyelidikan dan penghasilan kualiti penerbitan, penyelidikan dan geran di IPTK di samping meningkatkan pencapaian KPI (IPTK) yang berkaitan dengan Goal 2 dan Goal 5 dalam UTeM’s 5 Strategic Goals (SSG) serta menyokong SDG 4 iaitu memberi pendidikan berkualiti untuk dapatan ilmu sepanjang hayat.