
Program Regional Postgraduate Research Symposium 2025 bersempena dengan Lawatan Kerja Universitas PGRI Adi Buana Surabaya (UNIPA), Indonesia ke IPTK telah berjaya diadakan pada 14 Januari 2025.
Program ini bertujuan untuk:-
a) Meneroka peluang kerjasama lebih erat untuk kolaborasi akademik, penyelidikan dan penerbitan bersama;
b) Membincangkan kaedah perkongsian ilmu dan kepakaran dalam isu-isu semasa pengajian tinggi serantau yang relevan dengan kedua-dua pihak;
c) Mengenal pasti bidang-bidang kerjasama yang sesuai dengan kekuatan institusi masing-masing;
d) Meningkatkan rakan kolaborasi dalam penerbitan jurnal dan penulisan buku;
e) Meningkatkan program mobiliti kedua-dua pihak dengan pertukaran pensyarah dan pelajar; dan
f) Meningkatkan bilangan rakan kolaborasi MoU dan MoA yang aktif dan berimpak tinggi.